Autogate KL – Servis Tukar Arm Autogate Patah Dilanggar Kereta

Servis Tukar Arm Autogate Patah Dilanggar Kereta

Ramai orang tak sedar, salah satu punca kerosakan autogate adalah bila kemalangan berlalu iaitu terlanggar pagar. Selalunya benda ni jadi bila pagar autogate agak kecil atau ruang keluar masuk sempit. Kalau tak berhati-hati, boleh jadi arm autogate patah, bracket autogate bengkok, malah ada kes pagar tercabut terus dari track. Bila jadi macam ni, kos repair pun boleh jadi tinggi.

Bila anda nak keluar rumah, pastikan autogate terbuka sepenuhnya dulu baru undurkan kereta. Kadang-kadang bila kita tergesa-gesa, terus undur sebelum pagar habis buka. Masa ni lah selalu berlaku “bang” kereta hentam pintu pagar. Benda ni nampak macam kecil, tapi sebenarnya boleh merosakkan motor autogate, pintu pagar dan juga kereta kita sendiri. Jadi lebih baik tunggu beberapa saat, biar pagar buka penuh, baru jalan.

Sekiranya dah terlanggar autogate atau ada masalah lain seperti pagar tak boleh tutup rapat, arm autogate rosak atau motor autogate bunyi pelik, boleh terus hubungi EE Automation di 012-405 8791. Kami sedia datang untuk periksa dan baiki autogate anda. Lebih cepat anda baiki, lebih jimat kos dan tak ganggu rutin harian anda. Ingat, gunakan autogate dengan sabar dan berhati-hati, lebih selamat untuk anda dan keluarga.

Replace 1 Unit Arm Autogate KL
Replace 1 Unit Arm Autogate KL

Kami Tukar 1 Unit Arm Baru Dengan Tronica® 929 Arm Autogate

Kami baru-baru ini dihubungi oleh seorang customer dari Jalan Jiran 5, Taman Gembira, 58200 KL. Customer tersebut mengalami masalah apabila beliau tidak sengaja terlanggar pagar autogate rumahnya. Situasi berlaku bila autogate jenis swing masih belum terbuka sepenuhnya, tetapi kereta sudah diundurkan keluar. Akibat hentaman itu, bahagian belakang Dnor 212 arm autogate patah terus dan tidak lagi boleh digunakan atau disambung semula. Disebabkan beliau tidak dapat mencari balik installer asal yang pernah pasang autogate tersebut, akhirnya customer hubungi kami untuk dapatkan penyelesaian.

Selepas kami datang dan periksa keadaan arm autogate itu, memang jelas ia tidak boleh dibaiki lagi dan perlu digantikan dengan arm baru. Jadi, kami cadangkan satu pilihan yang hampir sama dengan yang customer guna sebelum ini tetapi dengan kualiti lebih baik iaitu Tronica® 929 Arm Autogate. Arm model ini lebih tahan lama, lebih kukuh dan spare part pun mudah didapati. Customer bersetuju untuk pilih Tronica®-929 sebagai pengganti, dan kami pun teruskan kerja pemasangan untuk pastikan autogate beliau boleh berfungsi semula dengan lancar dan lebih selamat.

Tronica Arm Autogate KL
Tronica Arm Autogate KL

Kami Akan Pastikan Autogate Anda Berfungsi Seperti Biasa

Di sinilah kami berada. Kami adalah pakar dalam membaiki autogate dan dapat memulihkan autogate anda dengan cepat. Sekiranya masalah arm autogate patah, kami ada spare parts untuk arm autogate tersebut. Untuk masalah bracket tercabut dan patah, kami boleh pasang semula atau ganti autogate bracket. Dan jika pintu pagar jatuh, kami akan naikkan ia semula seperti keadaan asal.

Cepat dan berkesan servis autogate yang ditawarkan Klang Valley. Penting untuk dapatkan servis pasang autogate yang boleh dipercayai kerana autogate adalah pelaburan agak besar yang inginkan ia dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa yang panjang. Ataupun kalau ada masalah autogate, mereka ada after sales support yang boleh segera membantu.

Kami menyediakan penyelesaian autogate untuk perumahan di Happy Garden dan Lembah Klang, servis autogate kami termasuk baiki arm autogate, arm autogate replacement, pemasangan tronica autogate, baiki autogate remote control, adjust autogate arm, tukar bateri autogate, baiki dan pasang sliding autogate, baiki autogate kilang, baiki roda autogate, betulkan trek autogate dan lakukan servis welding untuk autogate. Adalah penting untuk bertenang, angkat telefon anda dan Hubungi 012 – 405 8791 whatsapp juga dan https://www.youtube.com/@Eeautomation