Sudah Berapa Kali Anda Telah Ganti Roda Folding Autogate?

Sudah Berapa Kali Anda Telah Ganti Roda Folding Autogate?

Sepanjang menggunakan folding autogate system, berapa kali anda telah gantikan roda bawah autogate? Tidak dinafikan yang folding auto gate sebenarnya banyak masalah dengan roda bawah autogate, selalu akan ada roda autogate melompat keluar dari trek ataupun roda tayar autogate tercabut. Boleh dikatakan hampir setiap hari kami akan lakukan servis baiki roda autogate atau servis tukar roda autogate di seluruh Lembah Klang. Kenapa folding autogate selalu bermasalah sebab ia terdapat banyak bahagian bergerak, seperti roda, hinges, trek dan autogate. Sekiranya trek bawah tidak dipasang dengan betul, trek kedalam atau mendap ini akan membuatkan roda autogate bergerak tidak lancar dan mudah untuk melompat keluar daripada trek.

Baiki Roda Autogate Kajang

Pintu Pagar Baru Pasang Tapi Sudah Ada Masalah Dengan Roda

Anda boleh tengok, baru lagi folding auto gate customer di Kajang ini tapi sudah beberapa kali tukar roda autogate. Dari apa yang customer beritahu, roda sebelah kanan okay tapi autogate roda sebelah kiri selalu bermasalah, kerap melompat keluar daripada trek. Tahun pertama pasang pintu automatik baru, sudah tukar roda autogate dan kurang setahun dari tukar roda autogate baru, ianya bermasalah semula, melompat keluar dari trek, maksudnya sudah dua kali tukar roda auto gate baru dan sekarang nak masuk kali ketiga. Customer tak mahu panggil kontraktor autogate yang sama tersebut dan kawan yang syorkan servis kami, sebab kami menggunakan roda auto gate jenis stainless steel. Kawanya guna lebih 4 tahun, tak pernah ada masalah roda autogate lagi.

Sebenarnya setelah kami periksa, auto gate trek ini tidak dipasang dengan betul, ada bahagian yang kedalam, ia boleh jadi sebab roda autogate selalu bermasalah. Kami syak autogate kontraktor sebelum ini tahu, tapi mereka diam sahaja. Kalau customer panggil mereka banyak kali untuk tukar roda autogate, mereka yang untung.

Harga Tukar Roda Autogate Kajang

Kami Cuba Bantu Dengan Menggantikan Roda Autogate Stainless Steel

Jadi kami cuba tukar kepada stainless steel auto gate roller dan lakukan adjust alignment. Lagi satu, arm autogate customer juga dah tak berfungsi dengan baik, sebelah kiri arm autogate bergerak pelahan. Apabila buka pagar dua-dua, mesti kanan tutup dahulu, kemudian lama sikit barulah sebelah kiri. Customer tak boleh keadaan tersebut, itu yang minta kami gantikan auto gate arm baru.

Untuk kerja menggantikan roda autogate, tiada waranti diberikan sebab folding autogate sentiasa ada masalah jadi susah untuk kami jamin apa-apa. Tapi kami cuba yang terbaik untuk pastikan semua kembali berfungsi seperti biasa dan lancar.

Syarikat Autogate Terbaik – Pasang Dan Baiki Autogate

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan baiki autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik KRON Autogate System. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Kepong, Batu Caves, Ampang, Kajang, Bangi, Cheras dan seluruh Lembah Klang

Perlukan servis baiki autogate, whatsapp details di 012 – 405 8791 https://wa.me/60124058791

Dapatkan penyelesaian masalah autogate anda dengan 3 langkah mudah ini

Langkah 1: Tangkap gambar dan video (Ambil beberapa gambar dan video gate penuh serta kiri kanan gate)

Langkah 2: Boleh terus whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 (Hantarkan gambar dan nyatakan masalah yang anda hadapi)

Langkah 3: Tetapkan temujanji (Selepas mengkaji masalag autogate anda, kami akan tetapkan temu janji)

Langkah 4: Baiki Autogate (Kami akan baiki autogate yang diperlukan dirumah anda)

Dengan cepat, mudah dan berkesan apabila berurusan dengan kami. Anda boleh terus hubungi kami 012 – 405 8791 atau layari https://www.eeautogate.com.my untuk lebih info.