Sudah Lama Tidak Guna Underground Autogate Sebab Selalu Rosak
Selamat pagi, Good morning, 你好! Baru-baru ini kami dihubungi oleh seorang customer dari Kelana Jaya yang sudah lama bercadang nak tukar autogate lama di rumahnya. Sebelum ini dia guna sistem underground swing autogate, tapi dah hampir setahun tak berfungsi dan hanya buka tutup pagar secara manual. Customer cerita, satu persatu bahagian autogate lama tu mula rosak, mula-mula motor underground, kemudian center lock pula bermasalah dan akhirnya gearbox pun rosak. Bila dah banyak kali rosak macam ni, dia pun ambil keputusan untuk berhenti guna autogate lama tu buat sementara waktu. Sekarang bila rumah dah siap renovate dan pagar pun dah dicat semula, barulah dia bersedia nak pasang sistem autogate baru.
Customer ni memang jenis teliti dan sangat berhati-hati dalam memilih produk dan servis. Dia dah survey beberapa syarikat autogate di Kelana Jaya, tapi masih belum jumpa yang meyakinkan. Apa yang dia cari sebenarnya ialah autogate system yang berkualiti tinggi, tahan lama, harga berpatutan dan servis lepas jualan yang boleh dipercayai. Dia tak nak ulang pengalaman buruk macam dulu baru guna beberapa tahun tapi dah banyak masalah. Jadi dia nak pastikan pilihan kali ini berbaloi dan boleh digunakan untuk jangka masa panjang.
Salah satu syarikat yang dia hubungi adalah kami, EE Automation. Bila kami dapat mesej dia, kami terus beri maklumat lengkap termasuk name card syarikat, gambar technician, gambar workshop dan juga autogate showroom 3 tingkat kami. Kami juga terangkan secara teknikal tentang cara pemasangan sistem autogate baru, kelebihan sistem Tronica® Arm Autogate dan juga tunjukkan beberapa contoh pemasangan sebelum ni. Semua info ini kami bagi sebab kami faham, customer macam ni perlukan keyakinan dan kejelasan sebelum buat keputusan.

Pemasangan Tronica® Stainless Steel Arm Autogate System
Lepas beberapa hari, customer hubungi kami semula dan beritahu dia nak pasang
Tronica® Stainless Steel Arm Autogate System. Katanya, antara semua syarikat yang dia tanya, hanya kami yang beri penjelasan terperinci dan nampak yakin. Dia rasa puas hati bila lihat syarikat kami memang ada tempat operasi yang jelas, bukan sekadar “teknikal datang rumah”. Terus dia set appointment, dan keesokannya kami datang ke rumah dia untuk pasang sistem autogate baru, terus gantikan underground autogate lama tu yang dah banyak rosak.
Sekarang, customer tu dah guna semula autogate dengan lancar tanpa perlu buka pagar secara manual lagi. Sistem Tronica® Arm Autogate yang kami pasang memang direka untuk tahan lama dan sesuai dengan rumah jenis teres dua tingkat macam rumah dia. Kami juga berikan waranti dan servis sokongan sekiranya ada apa-apa isu selepas pemasangan. Paling penting, customer rasa lega dan puas hati dengan keputusan yang dia buat. Dan bagi kami, kepuasan customer adalah keutamaan nombor satu.

Naik Taraf kepada Tronica® Arm Autogate untuk Prestasi Yang Boleh Dipercayai
Ramai dulu menggunakan underground autogate system untuk jenama Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Powergates, Door Mex, Comex, X gate. Supermax, Mag, Letron, Good 1, Ranger, Radion, Radeon, DKC, Snontec, Li Gates, DKC, Doormax, Aprigate, Wheels, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Techno, EPL, CPT, BCM, Gatium, Elock, Home Access, DC Max, X Gate, Am Gate telah tukar kepada Tronica® Swing Arm Autogate System.
Hubungi kami untuk pemasangan autogate baru dengan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System. Kualiti servis autogate terbaik yang kami akan berikan yang pastinya anda akan berpuas hati seperti semua customer kami. Tronica® Arm Autogate memang banyak permintaan, boleh dikatakanya setiap hari kami akan lakukan pemasangan Tronica® autogate. Ramai pengguna Tronica® autogate mereka syorkan kepada kenalan mereka yang memerlukan servis pemasangan autogate baru.
EE Automation juga tahu betapa pentingnya memasang autogate dengan betul supaya ia berfungsi dengan baik. Itulah sebabnya kami menawarkan perkhidmatan pemasangan autogate profesional untuk memastikan autogate baru anda berfungsi dengan sempurna dari awal. Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.






