Swing Dnor Autogate Rosak Lagi? Kami Sedia Membantu

Swing Dnor Autogate Rosak Lagi? Kami Sedia Membantu

早上好!专业自动门安装与维修,弘胜科技有限公司始终致力于为您提供高效、可靠的服务。如果您有Dnor电动门问题,或需要安装全新的Tronica自动门系统,欢迎随时联系我们。感谢客户的信任与支持,我们将继续为您提供最优质的服务!

Customer di Klang ini memang alami kesukaran bila Dnor 212 autogate tiba-tiba tak berfungsi selepas hujan. Padahal beberapa bulan lepas dia baru je buat repair tukar autogate board dan autogate remote receiver dengan original autogate installer. Kalau anda boleh tengok, dnor autogate 212 ini masih baru. Sekarang rosak balik, sebelah arm autogate dnor tak boleh buka, autogate installer tu langsung tak datang walaupun customer dah tunggu hampir seminggu. Nak tak nak, customer terpaksa cabut arm dan guna pagar manual dulu, memang menyusahkan terutama bila hujan lebat dan perlu buka pagar secara manual.

Disebabkan dah tak boleh tunggu installer lama tu, jiran customer cadangkan untuk hubungi EE Automation. Selepas dapat panggilan, kami terus set appointment hari yang sama untuk buat pemeriksaan. Kami tahu bila autogate rosak, lagi-lagi selepas hujan, memang tak selesa dan boleh jejaskan keselamatan rumah. Sebab tu kami cuba datang secepat mungkin untuk bantu.

Pada mulanya kami sangkakan dnir arm autogate rosak, bila kami sampai di rumah customer, kami buka box autogate dan check semua komponen satu per satu. Dari situ kami dapati control panel dnor ada kesan terbakar, receiver pun dah tak stabil dan paling mengejutkan langsung tiada bateri autogate dipasang. Customer pun terkejut sebab dia tak pernah tahu apa yang ada di dalam box tu sebelum ni. Patutlah remote kena pergi dekat pagar baru boleh buka, tapi installer lama kata itu “biasa”. Bila elektrik tak ada, autogate terus tak berfungsi sebab memang tak ada bateri backup.

Dnor Autogate Services Klang
Dnor Autogate Services Klang

Kami Tukar Motherboard, Remote Set Dan Tambah Bateri Autogate

Untuk selesaikan masalah, kami cadangkan tukar autogate motherboard dnor yang original, pasang 433mhz receiver baru dengan 3 biji remote, dan tambah bateri 12V7Ah supaya autogate boleh berjalan walaupun blackout. Selepas customer setuju, kami pasang semua komponen baru tu pada hari yang sama. Lepas pasang, autogate terus berfungsi seperti biasa remote boleh buka dari jarak lebih jauh, autogate lebih stabil dan tak lagi bermasalah bila cuaca hujan.

Di EE Automation, kami memang sentiasa sediakan banyak spare part autogate untuk pelbagai jenama, jadi kalau ada part rosak, kami boleh tukar on the spot tanpa perlu tunggu spare part lain. Technician kami juga berpengalaman dan tahu apa yang perlu diperiksa untuk pastikan autogate kembali berfungsi dengan cepat. Yang penting, customer tak perlu pening kepala atau tunggu lama kami selesaikan cepat, mudah dan telus.

Trust Autogate Repairer Klang
Trust Autogate Repairer Klang

Dapatkan Penyelesaian Autogate Anda Sekarang

Autogate tidak akan boleh berfungsi dan pintu pagar tidak boleh dibuka. Ini akan menjejaskan aktiviti harian, jadi cepatkan dapatkan penyelesaian, jangan biarkan masalah autogate berpanjangan. Hubungi kami untuk lakukan pemeriksaan dan penyelesaian untuk autogate anda.

Kami menyediakan penyelesaian pembaikan autogate untuk perumahan di Klang Ampang dan Lembah Klang. Servis autogate kami termasuk baiki autogate remote, baiki autogate tak boleh buka, folding arm autogare repair, swing arm autogate repair, menggantikan autogate arm, repair autogate, arm adjustment, tukar bateri autogate, pasang autogate baru dengan Tronica® Autogate System, lakukan auto gate roller replacements, baiki dan ganti sliding autogate motor, welding services for autogate, betulkan trek autogate serta banyak kali.

EE Automation mempunyai pengalaman selama 28 tahun dalam membaiki sistem pintu pagar autogate. Kami boleh membantu anda dengan sebarang soalan yang anda ada tentang Sistem Autogate. Kami boleh membaiki Tronica®, autogate KRON autogate, FBM, Dnor 212 vs 712 Autogate, Dnor Turbo 880 Autogate, OAE 333a Autogate, E8 Autogate, DCMoto GFM 925, autogate Legate, autogate Jackpro, autogate Radion, autogate AGT, autogate Comex, autogate slidng G-force, Celmer sliding autogate, Cougar autogate, Millie’s autogate dan banyak lagi. Hubungi kami harini di 012 – 405 8791 dan 03 – 8062 5891 whatsapp terus atau boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation untuk tengok kerja kami.