Terlanggar Autogate? Ini Risiko Kerosakan & Cara Elakkan Masalah Besar

Terlanggar Autogate? Ini Risiko Kerosakan & Cara Elakkan Masalah Besar

Jika anda terlanggar pintu pagar autogate, boleh menyebabkan kerosakan serius pada sistem autogate. Antara masalah yang biasa berlaku ialah pintu autogate tidak boleh tutup rapat, arm autogate bengkok atau patah, bracket tercabut sama ada bracket bahagian depan arm autogate ataupun bracket dibelakang yang sambung arm autogate dengan tiang dan ada juga kes pintu pagar terus jatuh. Bila ini berlaku, bukan saja menyusahkan pergerakan harian, malah kos baiki autogate pun boleh jadi agak tinggi jika kerosakan teruk berlaku.

Dalam kesibukan harian, memang ramai yang nak cepat, terutamanya bila nak keluar rumah. Tapi kami sangat sarankan supaya lebih berhati-hati semasa mengundurkan kereta. Walaupun nampak macam pintu autogate dah hampir terbuka, jangan terus jalan. Pastikan pintu benar-benar terbuka sepenuhnya dan beri ruang yang cukup sebelum bergerak mengeluarkan kereta. Ramai yang terlanggar arm autogate sebab terlalu yakin atau tak periksa keadaan sekeliling. Akibatnya, terpaksa keluarkan duit untuk baiki kerosakan yang sebenarnya boleh dielakkan kalau lebih sabar dan peka.

Perkara yang sama juga penting bila anda nak masuk ke dalam rumah. Pastikan autogate telah terbuka sepenuhnya sebelum memandu masuk, terutamanya untuk pintu pagar yang saiznya kecil atau sempit. Arm autogate biasanya berada di bahagian bawah dan mudah terlanggar jika tidak berhati-hati. Bila arm rosak, keseluruhan sistem autogate boleh terganggu. Jadi, ambil masa beberapa saat untuk pastikan pintu terbuka dengan sempurna dan perhatikan persekitaran sebelum lalu. Cara ini bukan saja boleh elakkan kerosakan, malah membantu autogate anda tahan lebih lama dan berfungsi dengan baik.

Autogate Arm Repair Taman Melawati
Autogate Arm Repair Taman Melawati

Arm Autogate Rosak Dan Bracket Tercabut Dilanggar Kereta

Kami dihubungi customer daripada Jalan JG Taman Melawati Kuala Lumpur yang merupakan customer lama yang kami pasang sistem autogate FBM dalam 5 tahun lepas. Dari apa yang customer beritahu, isteri tidak sengaja melanggar autogate arm tersebut. Dimana autogate belum buka habis lagi dan customer terus undurkan kereta yang menyebabkan autogate arm lama rosak dan bracket pada tiang juga tercabut. Nasib baik hanya autogate arm sebelah kanan sahaja yang bermasalah dan masih boleh diperbaiki tanpa perlu mengganti keseluruhan sistem.

Kami segera memberi respon kepada masalah customer ini dan datang untuk menggantikan arm autogate yang rosak dengan model terbaru, iaitu Tronica® 898 Stainless Steel Arm Autogate yang lebih kuat dan tahan lama. Termasuklah betulkan dan pasangkan semua bracket tiang autogate yang tercabut. Kami cuba sebaik mungkin untuk kuatkan semula bracket autogate dinding tersebut, jika tercabut lagi customer kena panggil kontraktor renovation untuk buat semula tiang autogate yang baru supaya jadi lebih kuat.

Best Swing Autogate Arm Taman Melawati
Best Swing Autogate Arm Taman Melawati

Servis Autogate Terbaik Berdekatan Anda

Dalam situasi ini, customer mencari autogate service repair near me untuk mencari penyelesaian autogate yang boleh dipercayai. Adalah penting baginya untuk mencari autogate repair expert yang boleh menyediakan perkhidmatan autogate yang berkesan dan menjalankan pembaikan arm auto gate yang diperlukan. Mencari syarikat autogate yang terkenal berdekatan akan memastikan masalah autogate dapat diselesaikan dengan berkesan dan mencegah masalah pada masa depan. Kami mempunyai pelbagai jenama autogate arm seperti Tronica®, KRON, FBM, OAE, Dnor, E8, Cougar, Millie’s dan banyak lagi.

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate seperti autogate am repair, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard,pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System serta termasuk tukar roda autogate dan bearing pagar. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja. Kami tidak menerima pelanggan yang datang tanpa temujanji. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012-405 8791 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation