Autogate Sedia Ada Rosak – Tukar Dengan Tronica® Autogate

Autogate Sedia Ada Rosak – Tukar Dengan Tronica® Autogate

早上好!作为Tronica® 总代理,弘胜科技有限公司专业提供自动门安装与维修服务。如果您有任何电动门问题,或需要安装全新的Tronica自动门系统,欢迎随时联系我们。感谢客户的信任与支持,我们将继续为您提供最优质的服务!

Sekiranya autogate lama anda sudah kerap rosak atau langsung tak boleh digunakan, memang sesuai sangat untuk pertimbangkan pemasangan autogate baru. Untuk tahun 2026, Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System dan Tronica® 929 Arm Autogate System antara pilihan paling popular kerana kualitinya yang tahan lama, pergerakan lancar dan mudah digunakan. Jenama Tronica® semakin dipercayai di Malaysia sebab sistemnya kukuh dan sesuai untuk kegunaan rumah. Di EE Automation, kami sentiasa sediakan stok Tronica® autogate yang ready, jadi anda tak perlu tunggu lama. Pemasangan autogate sekitar Lembah Klang kami buat setiap hari, cepat dan kemas, sesuai untuk anda yang perlukan autogate segera.

Kalau anda masih nak baiki autogate lama pun tiada masalah, kami juga sedia membantu. Tak kira masalah arm autogate, control board, motor, remote atau bateri, team kami yang berpengalaman boleh kenal pasti punca dan terus selesaikan. Kami sentiasa bawa spare parts autogate yang lengkap, jadi kebanyakan kes boleh siap pada hari yang sama. Hubungi Sam Autogate bila-bila masa untuk pemasangan autogate baru atau servis baiki autogate lama. Kami utamakan servis pantas, mudah dan boleh dipercayai supaya autogate rumah anda kembali berfungsi tanpa pening kepala.

Swing Autogate Installation Cheras
Swing Autogate Installation Cheras

OAE Autogate Lama Rosak – Pasang Tronica®-828 Arm Autogate System

Lewat petang semalam kami terima panggilan daripada seorang customer di Cheras yang menghadapi masalah OAE 333A autogate tak boleh buka langsung. Keadaan jadi agak susah sebab dia tak dapat masuk rumah, terpaksa parking kereta di luar dan panjat pagar untuk masuk. Ini sebenarnya kali kedua customer hubungi kami. Kali pertama dulu, autogate juga tak boleh buka dan installer asal tak dapat dihubungi, jadi kami bantu buat troubleshooting melalui telefon. Lepas reset autogate, ia kembali berfungsi seperti biasa. Tapi kali ini lain pula ceritanya, walaupun dah cuba buat troubleshooting yang sama, autogate masih tak berfungsi.

Kami kemudian minta customer cuba tanggal arm autogate OAE supaya pagar boleh dibuka secara manual. Malangnya tak berjaya sebab screw arm autogate dah lama berkarat. Bila cuba paksa buka, bunga screw pula jadi haus dan makin susah nak ditanggalkan. Pagi ini, team kami datang terus ke rumah customer untuk buat pemeriksaan penuh. Hasil pemeriksaan mendapati punca sebenar masalah adalah motherboard autogate OAE yang rosak, sebab itu sistem langsung tak beri respon.

Selepas berbincang, customer buat keputusan untuk tidak membaiki sistem OAE tersebut. Antara sebabnya, autogate itu memang dah lama digunakan, susah untuk buka secara manual bila berlaku kecemasan, dan customer tak mahu masalah yang sama berulang lagi. Atas permintaan customer, kami terus pasang Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System yang lebih kukuh dan mudah diselenggara. Untuk soalan ramai orang tanya, ya kami boleh pasang autogate on the spot sebab kami sentiasa bawa stok set autogate baru. Kalau nak baiki OAE 333A pun sebenarnya kami ada spare parts, tapi dalam kes ini keputusan tukar ke Tronica® 828 memang lebih baik untuk jangka panjang.

Pasang Autogate Baru Cheras
Pasang Autogate Baru Cheras

Servis Autogate Dipercayai – Pasang Dan Baiki

Di dalam Tronica® autogate arm, anda akan menjumpai komponen berkualiti tinggi dan tahan lama. Ini termasuk Tronica® autogate components yang lain seperti autogate control system, auto gate transformer, autogate remote control, bateri autogate, dan juga kotak autogate, yang semuanya dibuat di Malaysia dan diyakini dengan berkualiti premium Tronica® menawarkan jangka hayat yang lebih panjang berbanding jenama lain, dan kebolehpercayaannya tidak tertandingi. Ia memberikan ketenangan fikiran kepada semua penggunannya.

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Klang, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja. Kami tidak menerima pelanggan yang datang tanpa temujanji. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Sam di 012-405 8791 dan 03 – 8062 5891 dan whatsapp juga.Untuk lebih info boleh ke boleh ke https://www.youtube.com/@Eeautomation