Upgrade Autogate: Dari Underground Autogate Lama ke Tronica® Arm System

Upgrade Autogate: Dari Underground Autogate Lama ke Tronica® Arm System

Kami telah banyak melakukan kerja pemasangan dan penukaran sistem auto gate, terutamanya menukar sistem underground swing autogate lama kepada Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System dan Tronica® 929 Arm Autogate System. Melalui pengalaman kami selama bertahun-tahun dalam industri ini, kami dapat lihat sendiri perubahan cara fikir customer. Semakin ramai yang sedar bahawa membaiki auto gate lama bukan lagi pilihan terbaik, terutamanya bila melibatkan kos yang tinggi dan masalah yang berulang. Kadang-kadang kos baiki hampir sama atau lebih mahal berbanding pasang sistem baru yang lebih moden dan tahan lama.

Masalah utama sistem auto gate underground lama ialah ketahanannya. Walaupun sudah dibaiki, kebanyakan sistem ini tetap akan rosak semula selepas beberapa bulan kerana komponen dalaman sudah lama, berkarat atau haus dimakan usia. Tambahan pula, alat ganti untuk sistem lama semakin susah nak cari dan kosnya pula makin mahal. Ini menyebabkan customer terpaksa keluar duit berulang kali untuk baiki masalah yang sama, dan akhirnya rasa terbeban dari segi masa dan kos.

Sebaliknya, sistem seperti Tronica Arm Autogate System menawarkan penyelesaian yang lebih praktikal dan jimat dalam jangka panjang. Sistem ini lebih tahan lasak, pergerakan lebih lancar, kurang bunyi dan tak memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Dengan menggunakan sistem auto gate yang lebih baru, customer boleh menikmati tahap keselamatan yang lebih baik serta penggunaan yang lebih senang tanpa perlu risau masalah berulang. Sebab itu kami selalu cadangkan pilihan yang paling sesuai mengikut keadaan gate dan bajet customer, supaya mereka dapat solusi yang berbaloi dan tahan lama ?

Pasang Autogate Baru Sg Long
Pasang Autogate Baru Sg Long

Pemasangan Tronica®-828 Arm Autogate System – Tahan Lama Dan Tahan Lasak

Seperti customer di Sg Long yang sebelum ini menggunakan Mag underground swing autogate system sudah lama juga jadi sekarang untuk pemasangan autogate baru customer mencari swing arm autogate system yang tahan lasak dan tahan lama sama seperti underground autogate yang digunakan sebelum ini. Yang diyakini customer adalah Tronica 828 Stainless Steel Arm Autogate System kami sebabnya beberapa kenalan dan jiran juga menggunakan autogate heavy duty series iaitu Tronica®.

Tronica® 828 Arm Autogate Package

  • Tronica® Heavy Duty Swing Arm x 2
  • Autogate Control Board
  • Transformer
  • Backup Battery
  • PVC Box
  • Remote Control x 3

Kami mulakan pemasangan dengan bawa keluar sistem underground autogate lama dan pasang set Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System

New Autogate Installation Sg Long
New Autogate Installation Sg Long

Tukar Underground Autogate Anda Hari Ini Dengan Tronica®-828

Memang kami akan recommend pasang autogate baru kalau ada masalah dengan underground autogate yang dah belasan tahun mereka guna. Bolehlah fikirkan untuk pasang autogate rumah baru sekiranya sistem autogate lama anda sudah lebih belasan tahun terutama untuk underground swing autogate system untuk comex, SE1, dkc, powergates, good 1, dc gate, ranger, ran-ger, Li gates, cpt, aprigate, cei, victor, door mex, mag, supermax, letron, snontec, am gate, DC Max, Xgate, wheels, chubb, door guard , 100 super A, DC gate, radeon, radion, epl, bcm, gatium, baxter, elock dan techno. Sekiranya selalu rosak, kami tidak begitu syorkan untuk baiki underground autogate lama lagi, memang tak berbaloi dari segi kos dan barang tersebut. Apa guna baiki sistem autogate lama sebab nanti ia akan tetap rosak semula dalam tempoh yang singkat. Ini yang kami terangkan kepada semua customer yang menggunakan underground autogate system.

Kami menyediakan penyelesaian autogate untuk perumahan di Sg Long dan Lembah Klang, servis autogate kami termasuk pemasangan Tronica®-828 autogate, baiki arm autogate, arm autogate replacement, baiki dan pasang sliding autogate, baiki autogate remote control, adjust autogate arm, tukar bateri autogate, baiki autogate kilang, baiki roda autogate, betulkan trek autogate dan lakukan servis welding untuk autogate. Hubungi 012 – 405 8791 whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 dan https://www.youtube.com/@Eeautomation