Baiki Dan Tukar Arm Autogate Di Selangor & KL
Adakah arm autogate anda tak buka dengan lancar, berbunyi kuat, buka separuh jalan atau terus tak boleh buka?
Di EE Autogate, kami pakar dalam baiki dan tukar arm autogate untuk rumah teres, kilang, kedai dan premis komersial di sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Kami merupakan pakar autogate yang dipercayai di KL & Selangor sejak 1996. Sama ada masalah kecil atau perlu tukar arm autogate sepenuhnya, juruteknik kami yang berpengalaman akan periksa punca masalah dengan tepat dan baiki dengan cara yang betul.

Masalah Biasa Arm Autogate Yang Kami Baiki
Arm autogate akan bermasalah dari masa ke masa disebabkan cuaca, penggunaan yang kerap dan pemasangan yang tak betul. Antara masalah biasa yang kami selalu uruskan ialah:
🔧 Arm Autogate Tak Buka atau Tak Tutup
- Motor jalan tapi gate tak bergerak
- Arm sangkut separuh jalan
- Gate buka tapi tak boleh tutup habis
Masalah ini biasanya berpunca daripada gear dalaman yang haus, coupling rosak atau mini DC motor rosak.
🔧 Bunyi Kuat atau Pergerakan Tersekat-sekat
Bunyi kasar, ketukan atau gerakan tersekat biasanya tanda gear dalaman rosak atau masalah dengan alignment arm. Kalau dibiarkan, motor boleh rosak terus.
🔧 Sebelah Arm Tak Berfungsi
Ini masalah biasa untuk autogate swing arm. Puncanya boleh jadi:
- Beban gate tak seimbang
- Mini DC motor sebelah arm rosak
- Masalah pada control board
🔧 Arm Autogate Jadi Lemah
Gate bergerak lebih perlahan dari biasa atau macam tak ada tenaga nak tolak gate. Ini tanda jelas motor arm autogate dah lemah dan mungkin perlu tukar baru.

Tukar Arm Autogate Disarankan Jika:
- Gear dalaman sudah haus teruk atau pecah
- Motor kerap rosak walaupun dah baiki
- Model arm lama atau dah tak ada spare part
- Saiz atau berat gate terlalu besar untuk motor sedia ada
Tukar arm lebih awal boleh elakkan masalah rosak berulang, kerosakan pada gate, risiko gate jatuh secara tiba-tiba dan autogate terus tak berfungsi.

⚠️AMARAN:
Hati-Hati Dengan Scammer Autogate Guna Arm Recond
Ramai pemilik rumah masih hadapi masalah autogate rosak berulang kali sebab kontraktor yang tak jujur. Ini antara cara mereka menipu:
Arm terpakai: Mereka guna arm lama, tapi casing luar nampak macam baru
Mini DC motor terpakai: Motor baru dalam arm dikeluarkan dan diganti dengan motor lama, tapi dari luar arm nampak baru
Kenapa mereka buat macam ni?
- Untuk bagi harga murah yang nampak menarik
- Part baru yang original dijual semula kepada pelanggan lain untuk tutup kos dan untung lebih

Servis Tukar Arm Autogate Secara Profesional
Kami bekalkan dan pasang sistem arm autogate yang tahan lasak, sesuai dengan cuaca Malaysia dan penggunaan harian.
Servis penukaran kami termasuk:
- Pilih motor yang betul ikut berat & panjang gate
- Setup posisi dan sudut arm dengan betul
- Ujian keselamatan untuk elakkan gate hentam kuat
- Pastikan pergerakan gate lancar dan senyap lepas pasang
Kami tak suka jual berlebihan. Kami cuma cadangkan tukar arm autogate bila memang perlu sahaja.

Kenapa Pilih EE Autogate?
✔ 30 tahun pengalaman
✔ Pemeriksaan jujur, tak tipu
✔ Respon cepat sekitar KL & Selangor
✔ Guna alat yang betul & kerja kemas secara profesional
✔ Terangkan dulu masalah sebelum mula kerja
✔ Servis autogate lengkap satu tempat kami urus tukar roller & bearing, baiki remote autogate, tukar bateri autogate dan semua jenis pembaikan autogate industri, jadi anda tak perlu panggil banyak kontraktor
Masalah yang orang lain tak boleh baiki, kami boleh.

Perlu Baiki atau Tukar Arm Autogate Hari Ini?
Kalau arm autogate anda dah mula buat hal, jangan tunggu sampai rosak terus.
📞 Hubungi EE Autogate sekarang di 012-405 8791




