Swing/ Folding Auto Gate Repair

Swing/ Folding Auto Gate Repair

Servis baiki autogate, kami perlukan gambar, video dan maklumat berkenaan masalah autogate yang anda hadapi. Lebih banyak maklumat yang kami dapat, lebih mudah untuk kami membantu anda.

Kepada anda yang menggunakan swing atau folding gate, tolong berdiri di tengah car porch menghadap gate.

  1. Tangkap gambar gate penuh.
  2. Tangkap gambar arm autogate sebelah kanan sekali dengan bracket dan
  3. Tangkap juga gambar arm sebelah kiri sekali dengan bracket.

Lebih banyak gambar yang kami dapat, lebih mudah untuk kami faham masalah autogate yang anda hadapi. Pastikan anda pegang phone secara melintang semasa tangkap gambar dan video.

Untuk video,

  1. Anda berdiri tegak, tolong jangan bergerak, goyang sana sini, ambil video tekan remote sekali untuk buka dua-dua side dan tutup semula.
  2. Kemudian tekan remote untuk buka sebelah kanan sahaja, tutup semula. Tekan remote untuk buka sebelah kiri sahaja dan tutup semula.
  3. Daripada video pergerakan autogate, kami boleh tahu masalah autogate tersebut.

Ada sesetengah pelanggan susah untuk hantarkan gambar atau video. Tujuan utama kami adalah ingin mendapatkan maklumat sebanyak mungkin. Jadi daripada gambar kami boleh kenalpasti masalah autogate anda dan boleh sediakan spare parts serta peralatan untuk dibawa bersama. Sebagai contoh, pelanggan ada masalah dengan pintu pagar jatuh, mendasarkan gambar, kami boleh sediakan bearing yang sama saiz dan beberapa besi dan bawa terus ke rumah anda. Dengan peralatan yang sudah tersedia, kami boleh terus melakukan pembaikan. Lagi satu contoh, anda tidak sengaja terlanggar pintu pagar dan bracket tercabut. Apabila anda menghantar gambar, kami dapat tahu bahagian mana yang perlu diganti dan dibetulkan. Kalau bracket autogate tercabut, dinding pecah. Kami boleh sediakan bracket autogate yang sesuai dan bawa bersama simen dan batu untuk baiki dinding pecah anda. Dengan semua peralatan yang dibawa, kami dapat terus lakukan pembaikan.

Dengan gambar dan video boleh memberitahu beribu maksud. Sukar untuk kami tahu jenis autogate arm yang gunakan atau masalah autogate yang anda hadapi tanpa melihat gambar autogate tersebut.

Kami bukan syarikat yang ingin mengaut keuntungan semata-mata. Berdasarkan gambar dan video juga, kami akan bantu anda dengan langkah asas untuk selesaikan masalah autogate tersebut. Dengan mengikut langkah mudah yang kami berikan, ada kala anda sendiri dapat selesaikan masalah autogate yang sebenarnya tak rosak pun jadi anda tidak perlu keluarkan satu sen pun untuk servis autogate. Ini adalah sesuatu yang mungkin tidak mahu “didedahkan” oleh banyak syarikat autogate atau autogate repairer. Mereka mungkin datang ke tempat anda dan “berpura-pura” lakukan pembetulkan autogate yang sebenarnya mereka tidak betulkan apa-apa. Mereka hanya ingin dapatkan wang atas servis yang dilakukan dan ianya boleh jadi cas yang tinggi.

Kami ingin memberikan servis autogate terbaik, ingin pastikan masalah autogate anda, sama ada kami datang lakukan servis ke tempat anda atau kami bantu anda untuk cuba selesaikannya sendiri. Kami perlukan kerjasama anda untuk menghantar gambar dan video serta berikan maklumat detail berkenaan masalah autogate anda. Lebih banyak gambar, video dan maklumat yang anda berikan, lebih mudah untuk kami bantu anda. Kerjasama anda amatlah dihargai.

Perlukan servis baiki autogate, whatsapp details di 012 – 405 8791 https://wa.me/60124058791

Dapatkan penyelesaian masalah autogate anda dengan 3 langkah mudah ini

Langkah 1: Tangkap gambar dan video (Ambil beberapa gambar dan video gate penuh serta kiri kanan gate)

Langkah 2: Boleh terus whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 (Hantarkan gambar dan nyatakan masalah yang anda hadapi)

Langkah 3: Tetapkan temujanji (Selepas mengkaji masalag autogate anda, kami akan tetapkan temu janji)

Langkah 4: Baiki Autogate (Kami akan baiki autogate yang diperlukan dirumah anda)

Dengan cepat, mudah dan berkesan apabila berurusan dengan kami. Anda boleh terus hubungi kami 012 – 405 8791 atau layari https://www.eeautogate.com.my untuk lebih info.